Saturday, August 16, 2008

Kulit Manggis dan Anti Penuaan.

Kulit manggis jemur untuk keringkan dan jadikan serbuk. Masuk dalam capsule. Ambil setiap hari. Dekat US harga sebotol jus kulit manggis adalah RM900.00+ Benda ni ada depan mata, mengapa kita buang sahaja????

KHASIAT KULIT MANGGIS - JANGAN ABAIKAN

1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)

2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)

3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf)

4. Anti-ulcer (stomach, mouth and bowel ulcers)

5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)

6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/ panik/cemas)

7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)

8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)... shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.

9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system

10. Anti-aging(Anti penuaan)

11. Anti-oxidant( Buang toxic dalam badan)

12. Anti-viral (membunuh kuman)

13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)

14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggela kkan kulat)

15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantik kan kulit)

16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, L DL /membuang kolesterol)

17. Anti-atheroscleroti c (prevents hardening of arteries)

18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)

19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah) sugar/kurangkan gula dalam darah)

20. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)

21. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)

22. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)

23. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)

24. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)

25. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)

26. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)

27. Anti-Parkinson

28. Anti-diarrheal

29. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)

30. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)

31. Anti-cataract (prevents cataracts)

32. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi seluruh badan.

GOUT

Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni.

Caranya

1. Ambil buah manggis

2. Kupas

3. Isi dia enak di makan

4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering

5. Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.

6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.

Pernah terbaca satu artikel di Majalah Kesihatan. Ekstrak kulit manggis di jual usd240 di USA . Atau RM900.00

Wednesday, August 13, 2008

SURAH AN-NAHL AYAT 70

Maksudnya:"Allah menciptakan kamu,kemudian mewafatkan kamu;dan di antara kamu ada yang di kembalikan kepada umur yang paling lemah(lanjut),supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah di ketahuinya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Kuasa."

Tuesday, July 22, 2008

ROYAL JELLY


SUSU LEBAH PENAWAR SEGALA PENYAKIT

Susu lebah atau lebih dikenali sebagai Royal Jelly merupakan makanan tunggal ratu lebah, dimana seperti yang kita ketahui susu lebah amat berkesan bagi mengubati 1001 macam penyakit.

Masyarakat lebah:


Masyarakat lebah terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu:

1.) Ratu Lebah

2.) Lebah Betina (Pekerja)
3.) Lebah Jantan.


Ratu lebah hanya memakan susu lebah sahaja sepanjang hayatnya dan berupaya menghasilkan telur sehingga 3000 biji sehari. Ratu lebah berupaya hidup sehingga 8 tahun jika dibandingkan dengan lebah pekerja selama 50 hari sahaja. Beratnya sehingga tiga kali ganda manakala saiz badannya pula sehingga dua kali ganda lebah pekerja. Setiap satu koloni lebah mempunyai lebih kurang 5,000 hingga 30,000 lebah.


Lebah betina (pekerja) pula bekerja untuk menyelesaikan segala tugas dengan membawa balik madu dan debunga dan diberi kepada lebah pekerja muda (5 hingga 15 hari) untuk diproses dimana bahan tersebut dimakan dan dihadamkan dan diserapkan kebahagian kepala lalu bercampur dengan sejenis cecair yang keluar dari kelenjar faringal, maka bahan yang keluar dari mulut lebah pekerja muda dinamakan susu lebahLebah jantan hanya ditugaskan untuk mengawan dengan ratu lebah sahaja bagi menghasilkan telur pada setiap hari.

Bahan-bahan yang terkandung dalam susu lebah:


1.) Protein
2.) Bahan galian
3.) Enzim
4.) Hormon
5.) Vitamin A,B,D,E,dan B kompleks (B1,B2,B3,B5, B6,B7,B8, B9,B12)

Seperti yang diketahui badan kita memerlukan banyak protein, zat galian, enzim, vitamin dan hormon untuk pembesaran, perembesan sel sel hormon, penghasilan sel sel kulit yang baru, sistem ketahanan badan, kekuatan tulang serta meningkatkan kadar metabolisme badan.

Bahan Tambahan:


1.) 10 HDA - 10 Hidroksi Desenoik Asid
Susu lebah juga mempunyai 10-HDA yang mana asid ini dapat membantutkan proses pertumbuhan kuman barah (kanser).

2.) Peptida atau Insulin
Susu lebah juga mempunyai peptida atau Insulin iaitu sejenis bahan yang amat berfaedah bagi penghidap penyakit kencing manis.

3.) Kolagen
Kolagen merupakan sejenis bahan yang terdapat didalam susu lebah dimana bahan ini dapat membantu memulihkan kekenyalan otot dan ANTI-PENUAAN

4.) Poratin
Poratin merupakan sejenis bahan yang dapat memulihkan sel sel badan dan membantu melambatkan proses penuaan.

80% kegunaan susu lebah adalah untuk wanita, memandangkan wanita banyak mengidap pelbagai penyakit seperti :


i.) Senggugut.

ii.) Keputihan.

iii.) Barah pangkal rahim.

iv.) Barah payudara.

v.) Haid tidak teratur.

vi.) Tiada zuriat.

Susu lebah juga berupaya mengubati penyakit penyakit seperti:


i.) Kencing manis
ii.) Migrain
iii.) Barah usus
iv.) Barah otak
v.) Gaut
vi.) Buasir
vii.) Dan pelbagai penyakit kronik

Susu lebah juga amat berkesan sekali bagi wanita wanita yang menjangkau usia 47 tahun dimana proses menopause (putus haid) akan berlaku. Susu lebah berupaya melambatkan proses menopause kerana bahan yang terkandung didalamnya seperti hormon dan poratin dapat membantu menghasilkan sel sel otot baru serta perembesan sel sel hormon yang baru.

5.) AsetiKolin
Merupakan sejenis bahan yang amat berguna dalam mengekalkan limpa (LIVER) agar berada dalam keadaan yang normal.

6.) 3 % Bahan R
Terdapat kira-kira 3% bahan yang terkandung dalam susu lebah masih belum dikenal pasti. Saintis Amerika pernah membuat ujikaji dan menghasilkan sejenis bahan yang berupa susu lebah.

Cara pengambilan:


1.) Dimakan terus waktu pagi sebelum gosok gigi

2.) Jika mengidap gastrik, makan selepas sarapan

3.) Dilarutkan dalam madu sebelum dicampur dengan minuman
(royal jelly hanya boleh larut dalam madu sahaja)

Tuesday, July 8, 2008

Snek antipenuaan

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0709&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm


Pastikan anda mempunyai snek sihat bersama anda setiap masa untuk mengelakkan godaan snek berkalori tinggi.

Monday, June 9, 2008

BUAH TIN DAN ZAITUN

Olivenol livin' ejen antipenuaan

KHASIAT buah zaitun disebut di dalam al-Quran.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Diagnosis/20080608130345/Article

SURAH At-Tin ada menyebut mengenai buah tin dan zaitun. Riwayat dari Abu Dzar juga ada menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW dihadiahkan satu bekas buah tin dan zaitun. Lalu Nabi mengajak sahabat-sahabatnya makan bersama-sama sambil bersabda: “Kalau aku perkatakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit badan.” Di dalam surah An-Nur ayat 35; “Yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (saja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...
Buah yang dianggap sebagai anugerah alam ciptaan Allah SWT itu amat berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan. Ia turut diakui dunia perubatan. Malah, sejarah turut membuktikan, pokok zaitun sebagai sejenis tanaman tertua di dunia dan mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir. Buah zaitun atau nama saintifiknya Oleaeurofea mempunyai ketinggian kira-kira tiga meter. Daunnya berwarna hijau terang dengan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman dan kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Berdasarkan kebaikan dan kelebihan pada buah zaitun, Profesor Genetik Molekular, Prof Dr Roberto Crea memperkenalkan hasil penyelidikannya sejak 10 tahun lalu, OLIVENOL livin’ yang dibangunkan berasaskan biofenol buah zaitun menjadi produk bahan makanan sampingan dihasilkan daripada 100 peratus jus zaitun (olea europaea) organik yang dipatenkan.
Walaupun biofenol boleh didapati di dalam kandungan minyak zaitun, namun kandungan biofenol di dalam jus adalah 300 kali ganda lebih baik berbanding yang ditemui di dalam minyaknya. OLIVENOL livin’ adalah produk jus zaitun pertama dihasilkan di dunia dan diperakui pusat penyelidikan dan institusi pendidikan terkemuka sebagai produk yang meliputi semua elemen diperlukan tubuh terutama dalam aspek kecantikan dan kesihatan. Pengambilan makanan tambahan berasaskan jus zaitun OLIVENOL livin’ dirumus khusus bagi merawat kerosakan kulit juga berkesan sebagai ejen anti penuaan dan anti inflamasi di sendi, sel kulit dan tisu badan. Penggunaannya bukan saja untuk kulit tapi bertindak sebagai antioksida, antibakteria, pertumbuhan folikel rambut dan kuku. Bahan makanan tambahan OLIVENOL livin’ dirumus khas menuruti standard keselamatan paling ketat. Keseluruhan proses bebas toksik dan bahan pelarut. Ia juga disahkan halal oleh The Australian Federation of Islamic Council Australia (Afic).
INFO: Zaitun
Greek dan Syria adalah negara terawal mengusahakan penanaman pokok zaitun lebih daripada 5000 tahun lalu.
Perkataan ‘olive’ atau zaitun secara beransur-ansur berkembang bermula daripada perkataan Gree, elaiwa kepada elia, maslina, olajbogyo, olivia dan akhirnya olive.

Friday, June 6, 2008

MUNGGAI/KELUR TUMBUHAN ANTI PENUAAN

Oleh Zuliaty Zulkiffli, BH

Sebelum ini ramai yang mengetahui buah kelor atau dipanggil munggai di kawasan utara digunakan dalam masakan kerana rasanya enak dan mudah diperoleh. Selain buah, daunnya turut digemari untuk dijadikan sayur dan enak jika dimasak lemak.Bagaimanapun, perkembangan pesat bidang bioteknologi menyebabkan tumbuhan yang juga nama saintifiknya Moringa Olifela kini dikomersialkan apabila daun, buah, batang serta akarnya boleh diproses menghasilkan pelbagai produk seperti teh, minyak, salad, syampu, sabun, jus dan kosmetik.


Pokok kelor dipercayai berasal dan kawasan sekitar Himalaya serta India dan disebarkan ke benua Afrika, Asia Tenggara dan Asia Barat. Di beberapa negara Afrika, termasuk Etiopia, Sudan, Madagaskar, Somalia, dan Kenya selain Arab Saudi dan Israel ia dijadikan tanaman untuk program pemulihan tanah kering dan gersang.Ini disebabkan sifat tanaman itu yang mudah tumbuh di tanah gersang selain tahan lasak.

Di Asia Tenggara, dahan kelor biasanya ditanam sebagai tiang pagar kerana ia mudah hidup, selain daun dan buahnya boleh dimakan. Pokoknya boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 10 meter, daunnya kecil, batangnya rapuh manakala buahnya sebesar ibu jari dan panjangnya sehingga 60 sentimeter.Biarpun manfaat Moringa sudah dikenali dan digunakan sebagai herba tradisional oleh suku kaum asli di beberapa negara, tetapi potensi khasiat tumbuhan ini hanya mula mendapat perhatian daripada saintis moden pada akhir abad ke-19.Ilmu penggunaan Moringa oleh suku kaum asli direkodkan di 80 negara dalam lebih dari 200 bahasa tempatan.

Biarpun nilainya dan segi perubatan sudah lama disedari, ia masih belum begitu meluas khususnya di kalangan masyarakat moden.Tumbuhan itu mengandungi satu kompaun unik yang dikenail sebagai cytokini yang mana kajian saintifik dan klinikal mendapati ia amat sesuai untuk mempercepatkan tumbesaran. Selain itu ujian cytokini ke atas ternakan mendapati haiwan yang diberikan diet mengandungi bahan itu mampu meningkatkan pengeluaran susu, selain mempercepatkan penyembuhan atau penggantian sel rosak.


Menyedari kelor mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan, sebuah syanikat tempatan, FM Alliance Marketing Sdn Bhd yang berpangkalan di Jitra, Kedah mengorak langkah mengkomersialkan tumbuhan itu untuk menghasihkan pelbagal produk.Pengurus Pemasaran dan Promosinya, Abdul Hadi Ismail, berkata kajian klinikal mendapati cytokini juga mengandungi unsur anti keuzuran atau penunaan, sekali gus membolehkan ia menjadi bahan awet muda atau merawat pehbagai penyakit.

Katanya, walaupun akarnya terasa pahit, ia sangat berkesan untuk membantu sistem penghadaman, membasmi cacing parasit dalam usus, mengatasi sembelit, melegakan sistem saraf dan membina ketenangan dan meningkatkan tenaga batin."Selain itu, ia juga sering digunakan untuk merawat lumpuh, demam, batuk, selsema, inflamasi salur nafas, paru-paru, sawan babi dan histeria.


Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvi (gusi berdarah), anemia (kekurangan sel darah merah), mengimbangkan dan memulihkan sistem fungsi badan. Malah Moringa atau kelor juga kaya dengan vitamin B, B1, B2, B3, C, D, E, antioxidan, fiber dan sumber klorofil yang tinggi. Ia membekalkan kandungan klorofil tertinggi dalam rekod tumbuhan yang dikenali sejak permulaan tamadun manusia," katanya ketika ditemui Berita Minggu, baru-baru ini.Abdul Hadi berkata, ia juga mengandungi kompaun beta sitosterol yang berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dalam badan yang mana ia banyak digunakan untuk merawat darah tinggi di India.

Beliau berkata, tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi kerana ia bersifat bebas racun atau tidak bertoksik selain mempunyai sejarah yang lama dalam bidang perubatan Ayurveda di kalangan masyarakat India."

Rekod Ayurveda mengenalpasti 300 ramuan daripada Moringa sesuai diamalkan untuk mengatasi dan merawat pelbagai penyakit. Pencairan zat dan jus hijau Moringa mempercepatkan penyerapan biologi badan dan larutan zat yang bersifat 100 peratus biokimia membolehkan badan menggunakannya terus tanpa proses penghadaman,” katanya.

SOAL JAWAB 1: KRIM ANTI PENUAAN

Jun 5, 2008
Assamualaikum..

Soalan 1:

Ana nak tanye adakah dibolehkan syarak jika seseorg muslim itu ingin memakai krim anti penuaan atau ‘anti ageing cream’?adakah ia dibolehkan?Ana nak tau dalil2 atau qaul ulama’ mengenai hal ini..tq

Jawapan 1:

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Penggunaan kream anti-aging ini bukanlah mengubah kejadian Allah swt sebagaimana mereka yang melakukan pembedahan kosmetik. Umat ini hanyalah stimulasi keatas sel2 manusia, dimana sel-sel ini akan memperbaiki dirinya sendiri.

Menurut Dr Hossam Arafa :-

“Anti-aging medicine is the stimulation and addition of “natural” human elements to help ensure that the body is able to repair and regenerate itself, utilizing the same chemicals it relies on day in, day out, but making their availability greater in older age. In short, anti-aging is the supplementation of the body’s needs as we age, to help it continue to perform as well as it did when we were in our twenties”.

Konsepnya sama seperti food supplement sahaja; seperti vitamin. Banyak sekali kream-kream anti-aging ini diperbuat dari herba. Malah menurut Ibn Qayyim rh, Imam Zahabi rh ada menyatakan bahawa minyak zaiton (Olive Oil) dapat melambatkan proses ’aging’.

Dari riwayat Abu Aseed, kata beliau : Nabi bersabda :

كُلُوا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوا بِهِ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ

“Makanlah minyak zaitun dan gunakannya pada rambut dan kulit, kerana ia datang dari pokok yang barakah” (Hadith Riwayat Tirmudzi #1775).

Apa yang perlu dilihat pada kream-krean ini adalah; apakah isi kandungannya mengandungi bahan2 yang dilarang atau tidak? Selama-mana ia mengandungi bahan2 halal, maka penggunaan kream tersebut adalah harus. WallahuA'lam

Sumber : New Trends in Anti-Aging MedicineIslamOnline :

http://www.islamonline.net/English/Science/2000/4/article5.shtml