Monday, June 9, 2008

BUAH TIN DAN ZAITUN

Olivenol livin' ejen antipenuaan

KHASIAT buah zaitun disebut di dalam al-Quran.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Diagnosis/20080608130345/Article

SURAH At-Tin ada menyebut mengenai buah tin dan zaitun. Riwayat dari Abu Dzar juga ada menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW dihadiahkan satu bekas buah tin dan zaitun. Lalu Nabi mengajak sahabat-sahabatnya makan bersama-sama sambil bersabda: “Kalau aku perkatakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit badan.” Di dalam surah An-Nur ayat 35; “Yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (saja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...
Buah yang dianggap sebagai anugerah alam ciptaan Allah SWT itu amat berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan. Ia turut diakui dunia perubatan. Malah, sejarah turut membuktikan, pokok zaitun sebagai sejenis tanaman tertua di dunia dan mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir. Buah zaitun atau nama saintifiknya Oleaeurofea mempunyai ketinggian kira-kira tiga meter. Daunnya berwarna hijau terang dengan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman dan kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Berdasarkan kebaikan dan kelebihan pada buah zaitun, Profesor Genetik Molekular, Prof Dr Roberto Crea memperkenalkan hasil penyelidikannya sejak 10 tahun lalu, OLIVENOL livin’ yang dibangunkan berasaskan biofenol buah zaitun menjadi produk bahan makanan sampingan dihasilkan daripada 100 peratus jus zaitun (olea europaea) organik yang dipatenkan.
Walaupun biofenol boleh didapati di dalam kandungan minyak zaitun, namun kandungan biofenol di dalam jus adalah 300 kali ganda lebih baik berbanding yang ditemui di dalam minyaknya. OLIVENOL livin’ adalah produk jus zaitun pertama dihasilkan di dunia dan diperakui pusat penyelidikan dan institusi pendidikan terkemuka sebagai produk yang meliputi semua elemen diperlukan tubuh terutama dalam aspek kecantikan dan kesihatan. Pengambilan makanan tambahan berasaskan jus zaitun OLIVENOL livin’ dirumus khusus bagi merawat kerosakan kulit juga berkesan sebagai ejen anti penuaan dan anti inflamasi di sendi, sel kulit dan tisu badan. Penggunaannya bukan saja untuk kulit tapi bertindak sebagai antioksida, antibakteria, pertumbuhan folikel rambut dan kuku. Bahan makanan tambahan OLIVENOL livin’ dirumus khas menuruti standard keselamatan paling ketat. Keseluruhan proses bebas toksik dan bahan pelarut. Ia juga disahkan halal oleh The Australian Federation of Islamic Council Australia (Afic).
INFO: Zaitun
Greek dan Syria adalah negara terawal mengusahakan penanaman pokok zaitun lebih daripada 5000 tahun lalu.
Perkataan ‘olive’ atau zaitun secara beransur-ansur berkembang bermula daripada perkataan Gree, elaiwa kepada elia, maslina, olajbogyo, olivia dan akhirnya olive.

Friday, June 6, 2008

MUNGGAI/KELUR TUMBUHAN ANTI PENUAAN

Oleh Zuliaty Zulkiffli, BH

Sebelum ini ramai yang mengetahui buah kelor atau dipanggil munggai di kawasan utara digunakan dalam masakan kerana rasanya enak dan mudah diperoleh. Selain buah, daunnya turut digemari untuk dijadikan sayur dan enak jika dimasak lemak.Bagaimanapun, perkembangan pesat bidang bioteknologi menyebabkan tumbuhan yang juga nama saintifiknya Moringa Olifela kini dikomersialkan apabila daun, buah, batang serta akarnya boleh diproses menghasilkan pelbagai produk seperti teh, minyak, salad, syampu, sabun, jus dan kosmetik.


Pokok kelor dipercayai berasal dan kawasan sekitar Himalaya serta India dan disebarkan ke benua Afrika, Asia Tenggara dan Asia Barat. Di beberapa negara Afrika, termasuk Etiopia, Sudan, Madagaskar, Somalia, dan Kenya selain Arab Saudi dan Israel ia dijadikan tanaman untuk program pemulihan tanah kering dan gersang.Ini disebabkan sifat tanaman itu yang mudah tumbuh di tanah gersang selain tahan lasak.

Di Asia Tenggara, dahan kelor biasanya ditanam sebagai tiang pagar kerana ia mudah hidup, selain daun dan buahnya boleh dimakan. Pokoknya boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 10 meter, daunnya kecil, batangnya rapuh manakala buahnya sebesar ibu jari dan panjangnya sehingga 60 sentimeter.Biarpun manfaat Moringa sudah dikenali dan digunakan sebagai herba tradisional oleh suku kaum asli di beberapa negara, tetapi potensi khasiat tumbuhan ini hanya mula mendapat perhatian daripada saintis moden pada akhir abad ke-19.Ilmu penggunaan Moringa oleh suku kaum asli direkodkan di 80 negara dalam lebih dari 200 bahasa tempatan.

Biarpun nilainya dan segi perubatan sudah lama disedari, ia masih belum begitu meluas khususnya di kalangan masyarakat moden.Tumbuhan itu mengandungi satu kompaun unik yang dikenail sebagai cytokini yang mana kajian saintifik dan klinikal mendapati ia amat sesuai untuk mempercepatkan tumbesaran. Selain itu ujian cytokini ke atas ternakan mendapati haiwan yang diberikan diet mengandungi bahan itu mampu meningkatkan pengeluaran susu, selain mempercepatkan penyembuhan atau penggantian sel rosak.


Menyedari kelor mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan, sebuah syanikat tempatan, FM Alliance Marketing Sdn Bhd yang berpangkalan di Jitra, Kedah mengorak langkah mengkomersialkan tumbuhan itu untuk menghasihkan pelbagal produk.Pengurus Pemasaran dan Promosinya, Abdul Hadi Ismail, berkata kajian klinikal mendapati cytokini juga mengandungi unsur anti keuzuran atau penunaan, sekali gus membolehkan ia menjadi bahan awet muda atau merawat pehbagai penyakit.

Katanya, walaupun akarnya terasa pahit, ia sangat berkesan untuk membantu sistem penghadaman, membasmi cacing parasit dalam usus, mengatasi sembelit, melegakan sistem saraf dan membina ketenangan dan meningkatkan tenaga batin."Selain itu, ia juga sering digunakan untuk merawat lumpuh, demam, batuk, selsema, inflamasi salur nafas, paru-paru, sawan babi dan histeria.


Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvi (gusi berdarah), anemia (kekurangan sel darah merah), mengimbangkan dan memulihkan sistem fungsi badan. Malah Moringa atau kelor juga kaya dengan vitamin B, B1, B2, B3, C, D, E, antioxidan, fiber dan sumber klorofil yang tinggi. Ia membekalkan kandungan klorofil tertinggi dalam rekod tumbuhan yang dikenali sejak permulaan tamadun manusia," katanya ketika ditemui Berita Minggu, baru-baru ini.Abdul Hadi berkata, ia juga mengandungi kompaun beta sitosterol yang berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dalam badan yang mana ia banyak digunakan untuk merawat darah tinggi di India.

Beliau berkata, tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi kerana ia bersifat bebas racun atau tidak bertoksik selain mempunyai sejarah yang lama dalam bidang perubatan Ayurveda di kalangan masyarakat India."

Rekod Ayurveda mengenalpasti 300 ramuan daripada Moringa sesuai diamalkan untuk mengatasi dan merawat pelbagai penyakit. Pencairan zat dan jus hijau Moringa mempercepatkan penyerapan biologi badan dan larutan zat yang bersifat 100 peratus biokimia membolehkan badan menggunakannya terus tanpa proses penghadaman,” katanya.

SOAL JAWAB 1: KRIM ANTI PENUAAN

Jun 5, 2008
Assamualaikum..

Soalan 1:

Ana nak tanye adakah dibolehkan syarak jika seseorg muslim itu ingin memakai krim anti penuaan atau ‘anti ageing cream’?adakah ia dibolehkan?Ana nak tau dalil2 atau qaul ulama’ mengenai hal ini..tq

Jawapan 1:

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Penggunaan kream anti-aging ini bukanlah mengubah kejadian Allah swt sebagaimana mereka yang melakukan pembedahan kosmetik. Umat ini hanyalah stimulasi keatas sel2 manusia, dimana sel-sel ini akan memperbaiki dirinya sendiri.

Menurut Dr Hossam Arafa :-

“Anti-aging medicine is the stimulation and addition of “natural” human elements to help ensure that the body is able to repair and regenerate itself, utilizing the same chemicals it relies on day in, day out, but making their availability greater in older age. In short, anti-aging is the supplementation of the body’s needs as we age, to help it continue to perform as well as it did when we were in our twenties”.

Konsepnya sama seperti food supplement sahaja; seperti vitamin. Banyak sekali kream-kream anti-aging ini diperbuat dari herba. Malah menurut Ibn Qayyim rh, Imam Zahabi rh ada menyatakan bahawa minyak zaiton (Olive Oil) dapat melambatkan proses ’aging’.

Dari riwayat Abu Aseed, kata beliau : Nabi bersabda :

كُلُوا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوا بِهِ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ

“Makanlah minyak zaitun dan gunakannya pada rambut dan kulit, kerana ia datang dari pokok yang barakah” (Hadith Riwayat Tirmudzi #1775).

Apa yang perlu dilihat pada kream-krean ini adalah; apakah isi kandungannya mengandungi bahan2 yang dilarang atau tidak? Selama-mana ia mengandungi bahan2 halal, maka penggunaan kream tersebut adalah harus. WallahuA'lam

Sumber : New Trends in Anti-Aging MedicineIslamOnline :

http://www.islamonline.net/English/Science/2000/4/article5.shtml